Sunday, March 21, 2010

Majlis Perkahwinan Sharifah Zahira & Mohd Fairuz



Pihak Tuan rumah..


Kompangers yang terlibat..


Tempat berlangsungnya majlis perkahwinan

21Mac 2010 , 1300, Kelab Golf Seri Selangor, Damansara

Alhamdulillah, telah berlangsungnya majlis perkahwinan antara dua pasangan bahagia, Sharifah Zahira dan Mohd Fairuz.
Majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Kami dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Paluan kompang kami mengiringi kedua mempelai bahagia ini masuk ke dalam dewan.

Kami semua mendoakan pasangan ini akan berbahagia hingga ke anak cucu..insyaAllah..

terima kasih kerana menjemput kami...

"SELAMAT PENGANTIN BARU"!!

FESENI 2010

ALHAMDULILLAH..

Antara aksi-aksi persembahan kami





Ngompang dengan gembira..

Bersama penyokong setia kami..


Komuniti Kompang Kolej Kinabalu...

20Mac2010, 1400, Tempat Letak Kereta, DTC, UM

Alhamdulillah, telah berlangsungnya acara kompang FESENI 2010 dengan jayanya. Sebanyak 6 kolej menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. Tidak ketinggalan, kelab kompang kami.

Giliran kami adalah yang ke-5. Jadi kami sempat melihat persembahan daripada kolej-kolej lain. Sungguh mengagumkan. Tetapi ia belum cukup untuk melunturkan semangat kami untuk membuat persembahan yang baik. Dengan segala usaha kami berlatih, kami cuba memberikan yang terbaik pada hari ini.

Dengan cuaca yang sangat panas, kami masih mampu untuk membuat persembahan dan kami anggap ia satu cabaran. Segala latihan yang kami lakukan sebelum ini cukup membantu kami untuk membuat persembahan yang terbaik pada petang tersebut..

Setelah selesai semua kolej membuat persembahan, keputusan pertandingan pun diumumkan..
Penilaian dibuat berdasarkan paluan kompang, keseragaman, suara dan pakaian..
berikut merupakan keputusannya..
pertama : Kolej Kediaman Kesembilan
kedua : Kolej Kediaman Pertama
ketiga : Kolej Kediaman Kedua
keempat : KOLEJ KEDIAMAN KELAPAN <--kelab kompang kami..
kelima : Kolej Kediaman Ketujuh

Alhamdulillah, keputusan yang cukup menggembirakan kami. Segala usaha kami berbaloi. Setelah dua sesi Feseni kami tidak dapat mendapat tempat..akhirnya pada sesi ini...ALHAMDULILLAH..

Sekalung terima kasih diucapkan kepada:
1. En Ahmad Fauzi bin Taha; cikgu kami yang banyak mengajar kami, tunjuk ajar cikgu amat kami hargai..
2. Dr.Zul, En Saiful, Eileen (pengutua dan penyelia kolej kami) ; kerana banyak mengurus, menyokong dan membantu kami dalam urusan pembelian kompang baru..
3. Rafiq, Suria, Misae, K Iftitah, K Sai, Azri (Senior-senior kompang) ; kerana banyak membantu dan mengajar kami untuk ngompang..
4. Pelajar-pelajar kolej kami yang sudi datang memberi sokongan yang tidak terhingga pada petang itu...

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

Thursday, March 18, 2010

Latihan Bersama Guru Utama Pertubuhan Kompang Fatani Malaysia

Bergambar bersama Guru-guru kompang Pertubuhan Kompang fatani

Bersama En Fauzi dan Guru Utama, Haji Mohd Saleh


Hahaii..ini lah kami...

18 Mac 2010, Gelanggang futsal Kolej 8 UM

Malam tersebut merupakan antara persiapan terakhir kami sebelum pertandingan kompang Feseni pada sabtu ini (20Mac). Cikgu kami, En Fauzi, berkenan untuk membawa guru utama dan rakan nya dari Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia, untuk menyaksikan latihan dan persembahan kami. Pada awalnya kami agak gemuruh, sebab kami mempersembahkan di hadapan guru utama yang berpengetahuan dan berpengalaman yang tinggi dalam seni kompang.
Tapi, kami tenang dan enjoy..

Respon yang positif diberikan oleh Guru utama, Haji Mohd Saleh..Alhamdulillah..
Beliau sempat memberikan kata-kata galakan dan semangat buat kami untuk menghadapi pertandingan pada sabtu ini. Dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh beliau, kami mula bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk pertandingan pada sabtu ini...
Kata-beliau juga menyedarkan kami bahawa seni kompang ini bukan sahaja untuk pertandingan, tapi lebih dari itu...

Doakan kami untuk memberikan yang terbaik pada Sabtu ini...amin...TAKBIR!!!

senarai ahli kompang feseni:
Aizuddin, Azri, Safwan, Mazhafizie, Syammil, Tahir, Madihah, Nurul Ain, Asiah, Fatimah, Nurul Awatif, Hanim

Monday, March 8, 2010

Kelab Kompang Fatani feat Kelab Kompang Kinabalu



Baju warna biru itu kami..
Aizuddin, Azri, Mazhafizie, Nurul 'Awatif, Nurul Ain

Alhamdulillah, pada 8 Mac 2010, seramai 5 orang ahli kelab ini bergabung tenaga dengan Kelab Kompang Fatani untuk menjayakan sesi kompangan menyambut VIP dalam majlis Satu Komuniti, Satu Koperasi. Antara VIP yang hadir ialah Tan Sri Muhyiddin Muhd Yasin dan Datuk Seri Ismail Sabri. Ini adalah kali pertama kami bergabung dengan Kelab Kompang Fatani yang berpengalaman dalam seni kompangan ini. Kami bergabung atas jemputan jurulatih kami, EnFauzi, merangkap jurulatih kelab kompang tersebut.

Dengan menyertai acara ini, kami dapat timba pengalaman bermain kompang dengan kelab yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkemahiran tinggi dalam mengompang dan kami belajar sesuatu yang baru.. Alhamdulillah..

Thursday, March 4, 2010

Malam Pra Tonton FESENI 2010 Kolej 8 28Feb2010


pose exlusif utk peminat..




walaupun penat,demi peminat kami pose yang terbaik punya..

Alhamdulillah,
pada 28 feb 2010, di Dewan Sri Mutiara, Kolej Kediaman Kinabalu UM, telah berlangsung satu pratonton Feseni dimana semua kelab-kelab seni kolej ini mempersembahkan persembahan mereka sebagai antara persiapan menghadapi Feseni tidak lama lagi. Kelab kami turut serta dalam pratonton ini.Pratonton ini dihadari oleh pengetua, penyelia kolej serta pelajar-pelajar kolej.

Diatas, merupakan antara gambar-gambar sepanjang pratonton tersebut..(oleh kerana paluan kompang yang kuat dan merdu,ia menggangu konsentrasi jurugambar untuk mengambil foto yang berkualiti..harap maklum)..

Selepas selsesai persembahan, penyelia-penyelia dan pengetua diberi peluang untuk melontarkan pandangan dan komen terhadap persembahan kami..
antara komen yang diberi kepada kami..
En.Saiful :
  • Antara kelab yang bagus,selalu buat laihan
  • lagu kedua (Pukullah Tabuh) berakhir dengan suara yang tidak sama (tidak seragam)
  • Lagu ketiga (Jong Jong Inai) laju. Boleh menyebabkan kepenatan melampau
Eileen :
  • Lagu pertama (zikir) cukup kuat (suara).
  • Lagu kedua mula perlahan.
  • Suara kuat, tetapi sebutan kurang jelas.
  • Kurang senyuman.
  • Lagu ketiga sungguh menghiburkan.
  • Masih nampak belum seronok sepanjang persembahan.
Keseluruhannya, kami agak berpuas hati dengan persembahan kami. Tapi masih ada lagi ruang untuk perbaiki kekurangan kami. InsyaAllah, kami akan buat yang terbaik pada hari pertandingan nanti...sama-sama kita berdoa dan berusaha...