Sunday, March 21, 2010

FESENI 2010

ALHAMDULILLAH..

Antara aksi-aksi persembahan kami





Ngompang dengan gembira..

Bersama penyokong setia kami..


Komuniti Kompang Kolej Kinabalu...

20Mac2010, 1400, Tempat Letak Kereta, DTC, UM

Alhamdulillah, telah berlangsungnya acara kompang FESENI 2010 dengan jayanya. Sebanyak 6 kolej menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. Tidak ketinggalan, kelab kompang kami.

Giliran kami adalah yang ke-5. Jadi kami sempat melihat persembahan daripada kolej-kolej lain. Sungguh mengagumkan. Tetapi ia belum cukup untuk melunturkan semangat kami untuk membuat persembahan yang baik. Dengan segala usaha kami berlatih, kami cuba memberikan yang terbaik pada hari ini.

Dengan cuaca yang sangat panas, kami masih mampu untuk membuat persembahan dan kami anggap ia satu cabaran. Segala latihan yang kami lakukan sebelum ini cukup membantu kami untuk membuat persembahan yang terbaik pada petang tersebut..

Setelah selesai semua kolej membuat persembahan, keputusan pertandingan pun diumumkan..
Penilaian dibuat berdasarkan paluan kompang, keseragaman, suara dan pakaian..
berikut merupakan keputusannya..
pertama : Kolej Kediaman Kesembilan
kedua : Kolej Kediaman Pertama
ketiga : Kolej Kediaman Kedua
keempat : KOLEJ KEDIAMAN KELAPAN <--kelab kompang kami..
kelima : Kolej Kediaman Ketujuh

Alhamdulillah, keputusan yang cukup menggembirakan kami. Segala usaha kami berbaloi. Setelah dua sesi Feseni kami tidak dapat mendapat tempat..akhirnya pada sesi ini...ALHAMDULILLAH..

Sekalung terima kasih diucapkan kepada:
1. En Ahmad Fauzi bin Taha; cikgu kami yang banyak mengajar kami, tunjuk ajar cikgu amat kami hargai..
2. Dr.Zul, En Saiful, Eileen (pengutua dan penyelia kolej kami) ; kerana banyak mengurus, menyokong dan membantu kami dalam urusan pembelian kompang baru..
3. Rafiq, Suria, Misae, K Iftitah, K Sai, Azri (Senior-senior kompang) ; kerana banyak membantu dan mengajar kami untuk ngompang..
4. Pelajar-pelajar kolej kami yang sudi datang memberi sokongan yang tidak terhingga pada petang itu...

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

1 comment: