Monday, October 22, 2012

Debaran FESENI'11

Poster Rasmi Festival Seni 2011 (FESENI'11) 
Kompang : 27 Febuari 2011


Kini masanya sudah tiba.. hanya beberapa jam sahaja lagi kami akan melakukan persembahan yg selama ini dinanti-nantikan .. persembahan di dalam satu pertandingan seni yg terbesar dan berprestij di Universiti Malaya...kira2 jam 3petang esok, segala tekanan pertandingan akan dilepaskan semasa persembahan..segala kudrat, masa dan wang ringgit (dan apabila bergabung dipanggil KOMITMEN) yg telah kami laburkan dalam membuat persiapan dan latihan bakal diterjemahkan dalam persembahan yg berdurasi hanya 15 minit esok......sgt berdebar menunggu detik2 esok..fuhh! berdebar2 hati Tuhan saja yg tahu...

inilah wajah2 yg bakal membawa cabaran besar dlm acara kompang FESENI'11...:)

malam terakhir sebelum FESENI, kami sempat menjalankan latihan seperti biasa .. takut kekok pada esok hari...seminggu sebelum FESENI, hampir setiap malam kami berlatih bg mengekalkan tempo dan keseragaman persembahan dari segi pukulan, nyanyian dan gerakan..moga2 xde yg lost esok dan kekalkan momentum terbaik seperti dlm hari2 terakhir latihan..InsyaAllah..




kamera salah setting maso ni, haha..tp mcm ni lah gayo bdk2 ni ha buek latihan..nmpk beriman muko masing2 kono pancar dgn lampu spotlight kek atas tu ha...

"JOM MAKAN HAMPER"...hamper tu dapek maso pra-tonton feseni aritu..mase ni baru nak kekah2 hamper tu..:D

doakan abang..esok FESENI dah.


maso dlm hari2 terakhir latihan ni jugak kitorg (geng2 dak laki) biasakan diri memakai kasut kulit hitam dan memakai songkok maso buek persembahan penuh.. kalau x, ado yg pakai selipar yo..yg pakai selipar jamban pun ado.. walaupun capal sinonim dgn bdk2 yg main kompang, tp kitorg mengambil iktibar drpd kejadian FESENI'10 lepas...hahhh..sapo ingat laie apo yg jadik? jeng3...

brader Tahir tertanggal plak capal eh

sampai ke sudah, kek situ yo la capal tu..haha

ketika ini jugak kitorg menggunakan kesempatan yg ado pada malam terakhir latihan FESENI tu sebaik2nya...lpas ni dh xdo nk training2 cenggini lg, kan..ni antara video2 yg sempat dirakamkan..enjoy!


 
Pemberita berkepala 3


 
Amanat pengurus


Friday, March 2, 2012

MALAM PRA-TONTON FESENI'11 KOLEJ KEDIAMAN KINABALU












MALAM PRA-TONTON FESENI’11…kemuncak segala preview2 persembahan sebelum ni…full costume…full persembahan…komentar yg terdiri drpd juri2 profesional…yg mana semua bdk2 kolej akan turun menyaksikan persembahan penuh bagi semua kelab2 seni yg akan bertanding nanti….ini lah malamnya, setelah berlatih dgn kerap dan keras untuk memantapkan segalanya… semua aspek drpd pukulan, nyanyian dan gerakan yg akan membentuk keseragaman yg mantap…inilah malamnya, utk menunjukkan yg kita sudah 99% peratus bersedia utk FESENI yg sebenar…setelah 3 preview yg tidak lengkap persembahannya, inilah masanya utk menunjukkan segala yg telah dilatihkan…basically, utk juri dan juga penonton, segalanya tampak seperti sama seperti persembahan preview2 lepas..kelainannya kali ini ialah add-on kepada gerakan2 sebelum ini…touch-up segala moment2 persembahan yg dirasakan kosong / statik tetapi masih mengekalkan timing persembahan iaitu selama 15 minit..saban hari kami berlatih untuk mengekalkan momentum dan memberikan persembahan bertenaga sepanjang 15minit tersebut supaya nampak lebih dinamik dan energetik..ruang yang terhad memaksa kami mengurangkan kadar penggunaan ruang dlm dewan tersebut..untuk menjadikan persembahan lebih kemas dan tersusun dgn ruang yg terhad itu, jarak setiap drpd kami dirapatkan ketika melakukan persembahan..saksikan persembahan kami..dan detik2 selepas persembahan..dan rakaman dari sudut istimewa iaitu dri sudut atas..yg menampakkan “formasi 8” lebih jelas, lambang dan identity Kolej Kediaman Kinabalu~
ayuh saksikan video persembahan kami!yeehaaa~



Saturday, August 27, 2011

KEM SENI 2010




Sebagai persiapan Kelab Kompang Kinabalu untuk menghadapi kejohanan pertandingan kompang antara kolej-kolej universiti Malaya pada tahun hadapan, JKP Kesenian sekali lagi telah mengadakan satu kem latihan khas buat kami semua seperti tahun-tahun sebelumnya. Kem yang dinamakan sebagai Kem Festival Seni (FESENI) ini dilakukan ketika cuti semester pertama setiap tahun. Sebelum itu beberapa mesyuarat telah diadakan antara pengurus-pengurus kelab seni kolej bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kem tersebut. Sama ada untuk mengadakan pada awal cuti ataupun di penghujung cuti semester. Akhirnya, 11 – 15 disember 2010 adalah tarikh yang diputuskan. Pada peringkat awal, kelab kami mengalami kesulitan untuk menyertai kem ini kerana daripada 16 peserta kompang yang telah dipilih untuk menyertai feseni, hanya 13 orang dapat turut serta kem tersebut. Atas kehendak pihak pengurusan, jika ada kelab yang tidak cukup pesertanya, kelab tidak seharusnya menyertai kem tersebut.
Namun, setelah mengadakan perbincangan bersama pengetua dan jkp kesenian serta komitmen ahli-ahli terhadap kelab, kami cuba sedaya upaya untuk mengumpulkan seramai yang mungkin. Dan pada hemat pengurus, tidak ada gunanya mengadakan latihan intensif sekiranya semua peserta tidak dapat menyertainya. Adalah tidak adil kepada mereka yang hadir dan mereka yang ketinggalan untuk menyertai kem ini akan mengambil masa untuk “catch-up” balik semua silibus yang akan diajar sepanjang kem. Selain itu, “confirmed number” sememangnya diperlukan untuk urusan makanan dan penginapan. Alhamdulillah, segala urusan dapat dipermudahkan. Semua peserta feseni kompang dapat juga turut serta. Walaupun ada yang terpaksa hadir pada hari ke-2 dan hari ke-3 atas komitmen tertentu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas semua komitmen yang diberikan sepanjang kem. Jika sebelum ini hanya latihan mingguan saja yang diadakan dan disebabkan masa yang sangat singkat dan terhad, masing-masing tidak berpeluang mengenal sesama peserta. Alhamdulillah, perkara tersebut dapat diatasi sepanjang kem dan ukhuwah yang terjalin antara peserta telah menambahkan persefahaman mereka ketika sesi latihan. Persefahaman itu seterusnya telah menghasilkan bunyi kompang yang seragam.
Banyak aspek telah diajar dan ditekankan sepanjang kem dari segi pukulan, gerakan, nyanyian. Selain itu, kami juga diajar lagu-lagu baru selain lagu-lagu lazim yang kami nyanyikan seperti “pukullah tabuh”, “gelang si paku gelang”, “pantun budi”, “jong-jong inai” dan “airlah mawar” untuk membiasakan peserta-peserta baru mamalu kompang sambil menyanyi. Tidak cukup dengan itu juga kami sering melakukan “rally” untuk membina stamina dalam diri peserta ditambah pula aktiviti riadah di sebelah pagi dan petang. Dan kami tidak akan lupa pada hari ke-3 dan hari terakhir kem, dimana kami telah “dibelasah” oleh jurulatih kami, Encik Fauzi pada hari tersebut..(hahahaha)..Dan itulah penampilan pertama pakcik Fauzi dalam sesi latihan kami apabila panggilan kami sebelum ini semasa sesi latihan mingguan kerap kali tidak dapat hadir atas faktor tugasnya yang juga sebagai anggota polis. Walaupun hanya sempat menghadirkan diri sebanyak dua kali sepanjang 6 hari kem berlangsung, namun segala tunjuk ajarnya cukup besar untuk memberikan impak dalam corak latihan kami. Senang cakap, kami dapat kuasai gerakan dan pukulan dengan cepat + “pick-up”.



Berikut merupakan sedikit latar belakang jurulatih kami,
Ahmad Fauzi Bin Taha
v Mula bermain kompang ketika berumur 10 tahun
v Tahun 2005 –2007 menjadi tenaga pengajar seni kompang di sekolah rendah dan menengah Sungai Besi dan pada masa yang sama aktif juga di cawangan-cawangan dalam Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Tahun 2007 – dilantik menjadi jurulatih Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Tahun 2009 - dilantik menjadi jurulatih kanan Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Jawatan dalam Majlis Perguruan sebagai Pendaftar Adat (2007-kini)
v Jawatan dalam Majlis Kejurulatihan sebgaia Setiausaha (2007-kini)
v Tahun 2010-2012 – Setiausaha Agung Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Menjadi jurulatih dalam Persatuan Kompang Fatani Negeri Selangor termasuk terlibat dalam melatih bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
v Mengetuai pasukan kompang dalam majlis-majlis yang melibatkan VIP
v Mengetuai pasukan kompang dalam majlis-majlis perkahwinan
v Pernah membinmbing pasukan kompang Kinabalu utk persiapan Festival Seni pada sesi 2009/2010.
Simbolik Kompang Kolej Kinabalu (Kolej 8 Universiti Malaya)

Sesi latihan bersama jurulatih, Pakck Fauzi.
Khusyuk~
Dari kiri : Aizuddin, Nazrin, Mazhafizie
Dari kiri : 'Awatif, Fatimah, Hayati, Fasihah, Hanim
Arif...Cekap..cepat tangkap
Penceria suasana...Dari kiri : Fatan, Khushairi, Nazrin


SERIUS...Encik Fauzi bin Taha, jurulatih rasmi Kelab Kompang Kinabalu


berlatih siang.....


......dan malam.


Amanat kepada semua kompangers smabil diperhatikan oleh penasihat kelab kehormat,
Rafiq Isa (tiga dari kiri)...JOHAN TARGET KITA!!


Pukullah tabuh~pukullah tabuh..pukul rebana~



tea time~
Rally.."Warming up" sebelum memulakan latihan



Merancang posisi dan formasi..Azri (ketua meranak) main peranan
Sesi latihan


Sebahagian daripada idea yang keluar..haha


take a break~
SENARAI NAMA PESERTA KOMPANG FESTIVAL SENI
KOLEJ KEDIAMAN KINABALU

  1. SYAMMIL HAKIMEE BIN JAMALUDIN SEA090018
  2. MOHAMMAD AIZUDDIN BIN HASHIM WEK080043
  3. MUHAMMAD AZRI BIN ZAHARI WEK080048
  4. MAZHAFIZIE BIN ABDUL HALIM WET080008
  5. MUHAMMAD AFIQ ADLI BIN MOHD YUSOFF CEA090060
  6. AHMAD KHUSHAIRI BIN ISMAIL SES100159
  7. FATAN KHARIRI BIN MASETOR SES100417
  8. AHMAD NAZRIN BIN AMER HAIDER NUAR SES100182
  9. MUHAMMAD ARIF FARHAN BIN ZULKARNAIN SES100424
  10. NURUL ‘AWATIF BT AHMAD SET090015
  11. HANIM BT ZAKARIA SEK090006
  12. SITI FATIMAH BT ABU BAKAR CEA090111
  13. FASIHAH BT IBRAHIM SES100322
  14. NURULHAYATI BT MOHD AZMAN SES100459
  15. WAN NOOR ATHIFAH BT WAN SHAARI SES100309
  16. MARYAM JAMILAH BT MD YUSOF SES100089

Moga persefahaman yang tercipta dapat dikekalkan sehingga hari pertandingan nanti dan ukhuwah yang terjalin kekal buat selama-selamanya. Sekian..see ya in the next post!

Wednesday, August 24, 2011

MALAM KESENIAN KINABALU 1


Malam Kesenian Kinabalu merupakan salah satu program di bawah JKP Kesenian Kolej Kediaman Kinabalu. Berformatkan pertandingan, Malam Kesenian Kinabalu ini bertujuan sebagai persediaan semua kelab-kelab seni di Kolej Kediaman Kinabalu untuk menghadapi Festival Seni Universiti Malaya yang dijangka akan berlangsung di pada Mac tahun hadapan. Terdapat empat tarikh yang telah ditetapkan untuk program ini yang dilakukan secara berfasa oleh JKP Seni dalam mesyuarat bersama pengurus-pengurus seni kolej. Jika pada tahun-tahun sudah, hanya terdapat ‘MALAM PRA-TONTON FESENI’, tetapi bermula pada sesi ini, JKP Kesenian KK8 di bawah Nur Atikah bt Mohd Khir membuat sedikit kelainan pada sesi kali ini. Ingin melihat semua kelab seni di kolej konsisten dari segi latihan, maka malam kesenian kinabalu ini diperkenalkan dalam mesyuarat bersama pengurus-pengurus kelab seni kolej. Selain ingin melihat konsistensi semua kelab membuat latihan setiap minggu, malam kesenian kinabalu ini juga dapat dijadikan platform untuk peserta-peserta feseni membuat persembahan sebagai pendedahan awal dan persediaan yang rapi untuk semua kelab menghadapi FESENI yang sebenar.

Buat pertama kalinya, pada 26 oktober 2010, telah diadakan malam keseniaan kinabalu ini. Formatnya adalah secara pertandingan dan diadili oleh semua penyelia-penyelia kolej dan termasuklah pengetua kolej sendiri. Menariknya, markah untuk para pemenang akan dikira berdasarkan jumlah SMS dan jumlah panggilan yang tidak dijawab (miscall) dan setiap kelab mempunyai kod SMS masing-masing untuk diundi para penonton. Selepas membuat persembahan, setiap kelab akan dikomen dari segi karyografi, pakaian, keseragaman, dan suara nyanyian. Dan dengan komen-komen yang diberikan oleh mereka, maka setiap pengurus hasruslah mengambil segala yang dikomen untuk membuat persembahan yang lebih baik lagi pada malam kesenian akan datang. Sebagai orang tertinggi dalam organisasi kolej, sudah tentu mereka mahukan yang terbaik daripada semua kelab yang bertanding. Ada komen yang positif, ada yang negatif, ada yang dipuji dan ada juga yang tidak terlepas daripada dikritik. Apa-apa pun, selaku pengurus, kelab seni masing-masing haruslah mengambil semua-semua komen itu sebagai sesuatu yang positif.

Malam Kesenian Kinabalu dimulakan dengan nyanyian lagu Universiti Malaya oleh penghuni kolej yang hadir dan persembahan dimulakan dengan:

1. Nasyid

2. Drama

3. Modern Dance

4. Manifestasi Puisi

5. Koir

6. Tarian cina

7. Kompang

8. Boria

9. Tarian India

10. Tarian Melayu




Ahli Kelab Kompang Kinabalu yang terlibat dalam Malam Kesenian Kinabalu 1

Tarian Cina-Pemenang Fasa1

Tarian Melayu

Tarian India

Boria

Kompang

Tarian Cina

Koir

Manifestasi Puisi

Modern Dance

Drama

Nasyid


Pada mulanya, kami (kelab kompang kinabalu) enggan menyertai malam kesenian kinabalu ini. Ini adalah disebabkan , kelab kami pada masa itu belum lagi mempunyai flow persembahan dan senarai nama peserta feseni kerana belum lagi membuat pemilihan di kalangan ahli kelab. Latihan mingguan yang diadakan setiap minggu hanya memfokuskan kepada pengenalan dalam seni kompang dan keseragaman pukulan .Namun, setelah didesak oleh encik ridzwan (penasihat jkp kesenian) atau lebih dikenali sebagai Oney (juga salah seorang juri) dan berbincang dengan Rafiq Isa (penasihat kehormat KKK a.k.a OTAI), kami pun bersetuju untuk melakukan persembahan. Dengan bantuan senior-senior tahun 3 (Aizuddin, Azri, Mazhafizie), kami pun “draft” flow persembahan yang SIMPLE GILER. Walaupun tahu yang kami akan dikritik hebat, namun kami di peringkat kelab tahu apa yang kami ingin lakukan. Bak kata Rafiq, “step by step, slow-slow, kita baru nak rebuild this team again”. Pada malam persembahan, dengan bantuan encik Oney (maybe), Kelab Kompang Kinabalu tidaklah dikritik sampai boleh menjatuhkan moral kami. Sebaliknya, lagu yang kami pilih semasa menutup persembahan “si paku Gelang” dikatakan telah berzaman dan saban tahun hanya menyanyikan lagu tersebut. Plus, tiada lagi gerakan yang dinamik dan hanya statik di atas pentas. Pada masa itu, apa yang kami mahu tampilkan adalah keseragaman pukulan ”bertih”, timing pukulan chorus yang tepat dan kebolehan menyanyi sambil memalu kompang. Dan itulah sebab mengapa lagu “si paku Gelang” dipilih. Terima kasih kepada semua ahli kelab yang sama-sama menyertai persembahan pada malam tersebut. Ini percubaan yang pertama untuk mereka yang baru pertama mengenali seni kompang. Tahniah atas keberaniaan anda semua. Dan pada hemat saya selaku pengurus, persembahan seperti yang dirancang. SIMPLE. Namun, ini baru malam kesenian yang pertama. Tunggu…Our Next Performance!!Peace~