Wednesday, August 24, 2011

MALAM KESENIAN KINABALU 1


Malam Kesenian Kinabalu merupakan salah satu program di bawah JKP Kesenian Kolej Kediaman Kinabalu. Berformatkan pertandingan, Malam Kesenian Kinabalu ini bertujuan sebagai persediaan semua kelab-kelab seni di Kolej Kediaman Kinabalu untuk menghadapi Festival Seni Universiti Malaya yang dijangka akan berlangsung di pada Mac tahun hadapan. Terdapat empat tarikh yang telah ditetapkan untuk program ini yang dilakukan secara berfasa oleh JKP Seni dalam mesyuarat bersama pengurus-pengurus seni kolej. Jika pada tahun-tahun sudah, hanya terdapat ‘MALAM PRA-TONTON FESENI’, tetapi bermula pada sesi ini, JKP Kesenian KK8 di bawah Nur Atikah bt Mohd Khir membuat sedikit kelainan pada sesi kali ini. Ingin melihat semua kelab seni di kolej konsisten dari segi latihan, maka malam kesenian kinabalu ini diperkenalkan dalam mesyuarat bersama pengurus-pengurus kelab seni kolej. Selain ingin melihat konsistensi semua kelab membuat latihan setiap minggu, malam kesenian kinabalu ini juga dapat dijadikan platform untuk peserta-peserta feseni membuat persembahan sebagai pendedahan awal dan persediaan yang rapi untuk semua kelab menghadapi FESENI yang sebenar.

Buat pertama kalinya, pada 26 oktober 2010, telah diadakan malam keseniaan kinabalu ini. Formatnya adalah secara pertandingan dan diadili oleh semua penyelia-penyelia kolej dan termasuklah pengetua kolej sendiri. Menariknya, markah untuk para pemenang akan dikira berdasarkan jumlah SMS dan jumlah panggilan yang tidak dijawab (miscall) dan setiap kelab mempunyai kod SMS masing-masing untuk diundi para penonton. Selepas membuat persembahan, setiap kelab akan dikomen dari segi karyografi, pakaian, keseragaman, dan suara nyanyian. Dan dengan komen-komen yang diberikan oleh mereka, maka setiap pengurus hasruslah mengambil segala yang dikomen untuk membuat persembahan yang lebih baik lagi pada malam kesenian akan datang. Sebagai orang tertinggi dalam organisasi kolej, sudah tentu mereka mahukan yang terbaik daripada semua kelab yang bertanding. Ada komen yang positif, ada yang negatif, ada yang dipuji dan ada juga yang tidak terlepas daripada dikritik. Apa-apa pun, selaku pengurus, kelab seni masing-masing haruslah mengambil semua-semua komen itu sebagai sesuatu yang positif.

Malam Kesenian Kinabalu dimulakan dengan nyanyian lagu Universiti Malaya oleh penghuni kolej yang hadir dan persembahan dimulakan dengan:

1. Nasyid

2. Drama

3. Modern Dance

4. Manifestasi Puisi

5. Koir

6. Tarian cina

7. Kompang

8. Boria

9. Tarian India

10. Tarian Melayu




Ahli Kelab Kompang Kinabalu yang terlibat dalam Malam Kesenian Kinabalu 1

Tarian Cina-Pemenang Fasa1

Tarian Melayu

Tarian India

Boria

Kompang

Tarian Cina

Koir

Manifestasi Puisi

Modern Dance

Drama

Nasyid


Pada mulanya, kami (kelab kompang kinabalu) enggan menyertai malam kesenian kinabalu ini. Ini adalah disebabkan , kelab kami pada masa itu belum lagi mempunyai flow persembahan dan senarai nama peserta feseni kerana belum lagi membuat pemilihan di kalangan ahli kelab. Latihan mingguan yang diadakan setiap minggu hanya memfokuskan kepada pengenalan dalam seni kompang dan keseragaman pukulan .Namun, setelah didesak oleh encik ridzwan (penasihat jkp kesenian) atau lebih dikenali sebagai Oney (juga salah seorang juri) dan berbincang dengan Rafiq Isa (penasihat kehormat KKK a.k.a OTAI), kami pun bersetuju untuk melakukan persembahan. Dengan bantuan senior-senior tahun 3 (Aizuddin, Azri, Mazhafizie), kami pun “draft” flow persembahan yang SIMPLE GILER. Walaupun tahu yang kami akan dikritik hebat, namun kami di peringkat kelab tahu apa yang kami ingin lakukan. Bak kata Rafiq, “step by step, slow-slow, kita baru nak rebuild this team again”. Pada malam persembahan, dengan bantuan encik Oney (maybe), Kelab Kompang Kinabalu tidaklah dikritik sampai boleh menjatuhkan moral kami. Sebaliknya, lagu yang kami pilih semasa menutup persembahan “si paku Gelang” dikatakan telah berzaman dan saban tahun hanya menyanyikan lagu tersebut. Plus, tiada lagi gerakan yang dinamik dan hanya statik di atas pentas. Pada masa itu, apa yang kami mahu tampilkan adalah keseragaman pukulan ”bertih”, timing pukulan chorus yang tepat dan kebolehan menyanyi sambil memalu kompang. Dan itulah sebab mengapa lagu “si paku Gelang” dipilih. Terima kasih kepada semua ahli kelab yang sama-sama menyertai persembahan pada malam tersebut. Ini percubaan yang pertama untuk mereka yang baru pertama mengenali seni kompang. Tahniah atas keberaniaan anda semua. Dan pada hemat saya selaku pengurus, persembahan seperti yang dirancang. SIMPLE. Namun, ini baru malam kesenian yang pertama. Tunggu…Our Next Performance!!Peace~

No comments:

Post a Comment