Saturday, August 27, 2011

KEM SENI 2010




Sebagai persiapan Kelab Kompang Kinabalu untuk menghadapi kejohanan pertandingan kompang antara kolej-kolej universiti Malaya pada tahun hadapan, JKP Kesenian sekali lagi telah mengadakan satu kem latihan khas buat kami semua seperti tahun-tahun sebelumnya. Kem yang dinamakan sebagai Kem Festival Seni (FESENI) ini dilakukan ketika cuti semester pertama setiap tahun. Sebelum itu beberapa mesyuarat telah diadakan antara pengurus-pengurus kelab seni kolej bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kem tersebut. Sama ada untuk mengadakan pada awal cuti ataupun di penghujung cuti semester. Akhirnya, 11 – 15 disember 2010 adalah tarikh yang diputuskan. Pada peringkat awal, kelab kami mengalami kesulitan untuk menyertai kem ini kerana daripada 16 peserta kompang yang telah dipilih untuk menyertai feseni, hanya 13 orang dapat turut serta kem tersebut. Atas kehendak pihak pengurusan, jika ada kelab yang tidak cukup pesertanya, kelab tidak seharusnya menyertai kem tersebut.
Namun, setelah mengadakan perbincangan bersama pengetua dan jkp kesenian serta komitmen ahli-ahli terhadap kelab, kami cuba sedaya upaya untuk mengumpulkan seramai yang mungkin. Dan pada hemat pengurus, tidak ada gunanya mengadakan latihan intensif sekiranya semua peserta tidak dapat menyertainya. Adalah tidak adil kepada mereka yang hadir dan mereka yang ketinggalan untuk menyertai kem ini akan mengambil masa untuk “catch-up” balik semua silibus yang akan diajar sepanjang kem. Selain itu, “confirmed number” sememangnya diperlukan untuk urusan makanan dan penginapan. Alhamdulillah, segala urusan dapat dipermudahkan. Semua peserta feseni kompang dapat juga turut serta. Walaupun ada yang terpaksa hadir pada hari ke-2 dan hari ke-3 atas komitmen tertentu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas semua komitmen yang diberikan sepanjang kem. Jika sebelum ini hanya latihan mingguan saja yang diadakan dan disebabkan masa yang sangat singkat dan terhad, masing-masing tidak berpeluang mengenal sesama peserta. Alhamdulillah, perkara tersebut dapat diatasi sepanjang kem dan ukhuwah yang terjalin antara peserta telah menambahkan persefahaman mereka ketika sesi latihan. Persefahaman itu seterusnya telah menghasilkan bunyi kompang yang seragam.
Banyak aspek telah diajar dan ditekankan sepanjang kem dari segi pukulan, gerakan, nyanyian. Selain itu, kami juga diajar lagu-lagu baru selain lagu-lagu lazim yang kami nyanyikan seperti “pukullah tabuh”, “gelang si paku gelang”, “pantun budi”, “jong-jong inai” dan “airlah mawar” untuk membiasakan peserta-peserta baru mamalu kompang sambil menyanyi. Tidak cukup dengan itu juga kami sering melakukan “rally” untuk membina stamina dalam diri peserta ditambah pula aktiviti riadah di sebelah pagi dan petang. Dan kami tidak akan lupa pada hari ke-3 dan hari terakhir kem, dimana kami telah “dibelasah” oleh jurulatih kami, Encik Fauzi pada hari tersebut..(hahahaha)..Dan itulah penampilan pertama pakcik Fauzi dalam sesi latihan kami apabila panggilan kami sebelum ini semasa sesi latihan mingguan kerap kali tidak dapat hadir atas faktor tugasnya yang juga sebagai anggota polis. Walaupun hanya sempat menghadirkan diri sebanyak dua kali sepanjang 6 hari kem berlangsung, namun segala tunjuk ajarnya cukup besar untuk memberikan impak dalam corak latihan kami. Senang cakap, kami dapat kuasai gerakan dan pukulan dengan cepat + “pick-up”.



Berikut merupakan sedikit latar belakang jurulatih kami,
Ahmad Fauzi Bin Taha
v Mula bermain kompang ketika berumur 10 tahun
v Tahun 2005 –2007 menjadi tenaga pengajar seni kompang di sekolah rendah dan menengah Sungai Besi dan pada masa yang sama aktif juga di cawangan-cawangan dalam Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Tahun 2007 – dilantik menjadi jurulatih Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Tahun 2009 - dilantik menjadi jurulatih kanan Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Jawatan dalam Majlis Perguruan sebagai Pendaftar Adat (2007-kini)
v Jawatan dalam Majlis Kejurulatihan sebgaia Setiausaha (2007-kini)
v Tahun 2010-2012 – Setiausaha Agung Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia
v Menjadi jurulatih dalam Persatuan Kompang Fatani Negeri Selangor termasuk terlibat dalam melatih bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
v Mengetuai pasukan kompang dalam majlis-majlis yang melibatkan VIP
v Mengetuai pasukan kompang dalam majlis-majlis perkahwinan
v Pernah membinmbing pasukan kompang Kinabalu utk persiapan Festival Seni pada sesi 2009/2010.
Simbolik Kompang Kolej Kinabalu (Kolej 8 Universiti Malaya)

Sesi latihan bersama jurulatih, Pakck Fauzi.
Khusyuk~
Dari kiri : Aizuddin, Nazrin, Mazhafizie
Dari kiri : 'Awatif, Fatimah, Hayati, Fasihah, Hanim
Arif...Cekap..cepat tangkap
Penceria suasana...Dari kiri : Fatan, Khushairi, Nazrin


SERIUS...Encik Fauzi bin Taha, jurulatih rasmi Kelab Kompang Kinabalu


berlatih siang.....


......dan malam.


Amanat kepada semua kompangers smabil diperhatikan oleh penasihat kelab kehormat,
Rafiq Isa (tiga dari kiri)...JOHAN TARGET KITA!!


Pukullah tabuh~pukullah tabuh..pukul rebana~



tea time~
Rally.."Warming up" sebelum memulakan latihan



Merancang posisi dan formasi..Azri (ketua meranak) main peranan
Sesi latihan


Sebahagian daripada idea yang keluar..haha


take a break~
SENARAI NAMA PESERTA KOMPANG FESTIVAL SENI
KOLEJ KEDIAMAN KINABALU

  1. SYAMMIL HAKIMEE BIN JAMALUDIN SEA090018
  2. MOHAMMAD AIZUDDIN BIN HASHIM WEK080043
  3. MUHAMMAD AZRI BIN ZAHARI WEK080048
  4. MAZHAFIZIE BIN ABDUL HALIM WET080008
  5. MUHAMMAD AFIQ ADLI BIN MOHD YUSOFF CEA090060
  6. AHMAD KHUSHAIRI BIN ISMAIL SES100159
  7. FATAN KHARIRI BIN MASETOR SES100417
  8. AHMAD NAZRIN BIN AMER HAIDER NUAR SES100182
  9. MUHAMMAD ARIF FARHAN BIN ZULKARNAIN SES100424
  10. NURUL ‘AWATIF BT AHMAD SET090015
  11. HANIM BT ZAKARIA SEK090006
  12. SITI FATIMAH BT ABU BAKAR CEA090111
  13. FASIHAH BT IBRAHIM SES100322
  14. NURULHAYATI BT MOHD AZMAN SES100459
  15. WAN NOOR ATHIFAH BT WAN SHAARI SES100309
  16. MARYAM JAMILAH BT MD YUSOF SES100089

Moga persefahaman yang tercipta dapat dikekalkan sehingga hari pertandingan nanti dan ukhuwah yang terjalin kekal buat selama-selamanya. Sekian..see ya in the next post!

No comments:

Post a Comment