Thursday, March 18, 2010

Latihan Bersama Guru Utama Pertubuhan Kompang Fatani Malaysia

Bergambar bersama Guru-guru kompang Pertubuhan Kompang fatani

Bersama En Fauzi dan Guru Utama, Haji Mohd Saleh


Hahaii..ini lah kami...

18 Mac 2010, Gelanggang futsal Kolej 8 UM

Malam tersebut merupakan antara persiapan terakhir kami sebelum pertandingan kompang Feseni pada sabtu ini (20Mac). Cikgu kami, En Fauzi, berkenan untuk membawa guru utama dan rakan nya dari Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia, untuk menyaksikan latihan dan persembahan kami. Pada awalnya kami agak gemuruh, sebab kami mempersembahkan di hadapan guru utama yang berpengetahuan dan berpengalaman yang tinggi dalam seni kompang.
Tapi, kami tenang dan enjoy..

Respon yang positif diberikan oleh Guru utama, Haji Mohd Saleh..Alhamdulillah..
Beliau sempat memberikan kata-kata galakan dan semangat buat kami untuk menghadapi pertandingan pada sabtu ini. Dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh beliau, kami mula bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk pertandingan pada sabtu ini...
Kata-beliau juga menyedarkan kami bahawa seni kompang ini bukan sahaja untuk pertandingan, tapi lebih dari itu...

Doakan kami untuk memberikan yang terbaik pada Sabtu ini...amin...TAKBIR!!!

senarai ahli kompang feseni:
Aizuddin, Azri, Safwan, Mazhafizie, Syammil, Tahir, Madihah, Nurul Ain, Asiah, Fatimah, Nurul Awatif, Hanim

No comments:

Post a Comment