Saturday, August 14, 2010

Perasmian Ihya' Ramadhan 1431H


Pada 8 Ogos 2010 bersamaan 27 Syaaban 1431H, Projek Ihya' Ramadhan Kolej Kediaman Kinabalu (KKK) telah menjemput Kelab Kompang Kinabalu utk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan bagi menyambut bulan Ramadhan yg bakal mngunjung tiba. Majlis bermula selepas Isyak iaitu pada jam 9 malam di Dewan Seri Mutiara. Majlis perasmian tersebut dihadiri tuan pengetua KKK iatu, Prof. Dr. Zulqarnain Hj. Mohamad dan penyelia-penyelia kolej yang lain.

Majlis bermula dengan bacaan doa, tayangan video projek Ihya' Ramadhan, ucapan drpd pengarah projek dan seterusnya ucapan drpd tuan pengetua. Dengan kalimah "bismillhirrahmanirrahim" oleh tuan pengetua, paluan kompang drpd kami mengiringi pemegang panji projek Ihya' Ramadhan drpd sudut belakang dewan sehingga pemegang panji tersebut menyerahkannya kpd tuan pengetua di atas pentas. Panji tersebut kemudiannya dicacakkan di atas pentas oleh tuan pengetua sebagai gimik perasmian. Paluan kompang kami terhenti selesai sahaja tuan pengetua mencacakkan bendera tersebut.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn lancar. Saya mewakili semua ahli Kelab Kompang Kinabalu mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan AJK Ihya' Ramadhan dalam majlis perasmian ini. Syukran Jazilan..^-^



Standby from behind the scene..=D



Muhammad Tahir (kiri sekali) senior otai yang menjadi inspirasi kepada kami.



bersama Nurul Ain, (duduk kanan sekali) ahli senior Kelab Kompang Kinabalu yang baru sahaja bergraduasi dlm bidang Sains Pendidikan baru-baru ini..Selamat maju jaya kpd beliau..
Stay ngompang where ever you are..^-^


Paluan kompang mengiringi pemegang panji
Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan, Mohamad Nabil Fiqry
yg merupakn juga ahli Kelab Kompang Kinabalu.



Penyerahan panji Ihya' Ramadhan kpd tuan pengetua, Dr. Zul
yg merupakan acara kemuncak perasmian.





Malam Pengenalan Seni

Pada bulan Julai yang lepas, Kolej Kediaman Kinabalu telah menganjurkan Malam Pengenalan Seni di bawah Jawatankuasa Kerja Perkembangan (JKP) Kesenian & Kreativiti kolej. Program tersebut bertujuan untuk memperkenalkan kelab-kelab kesenian kepada warga kolej terutamanya pelajar tahun pertama. Malah, setiap kelab seni berpeluang untuk mempromosikan kelab masing2 bagi menggalakkan penyertaan drpd pelajar-pelajar tahun pertama terutamanya. Pada malam itu juga, setiap pasukan seni dikehendaki untuk membuat persembahan bertempat di Dewan Seri Mutiara Kolej Kediaman Kinabalu.

Kelab Kompang Kinabalu juga tidak ketinggalan utk membuat persembahan pada malam tersebut. Masa yg diperuntukkan utk membuat persembahan adalah selama 5minit. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan penyertaan drpd ahli-ahli senior yg masih lagi bersemangat utk mmpersembahkan pengalaman masing2 di atas pentas..terima kasih daun keladi!!^-^

Selepas membuat persembahan, setiap kelab seni diminta utk membuka penyertaan kepada ahli-ahli yg baru. Alhamdulillah, bagi Kelab Kompang Kinabalu, penyertaan drpd pelajar-pelajar tahun pertama sangat menggalakkan. Malah, penyertaan drpd senior2 yg ingin aktif dlm seni kompang turut membuat pendaftaran. Ini merupakan sesuatu yg positif buat kelab. Diharapkan, semua ahli yg mendaftar dapat memberikan komitmen sepenuhnya kpd kelab..Insyaallah..

"majulah kompang utk Kinabalu"..^-^

Bebelan Manager (part 1) ..Salam Sesi Baru..



Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah, kini kita sudah melangkah ke fasa baru dalam pengajian di Universiti Malaya, iaitu bagi sesi 2010/2011..Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dgn izinNya, sekali lagi kita kembali ke Universiti Malaya dengan semangat dan azam yg baru bg meneruskan bidang pengajian masing2.

Pelajar tahun pertama kini bergelar pelajar tahun dua, pelajar tahun kedua kini di tahun tiga dan begitulah seterusnya. Tidak lupa juga kepada pelajar2 yg baru mendaftar di Universiti Malaya, selamat datang diucapkan kpd mereka terutamanya kpd semua junior2 warga Kolej Kediaman Kinabalu.

Tahun ini, sekali lg, apabila sesi baru bermula, secara automatiknya, bermula jugalah pembaharuan dlm pengurusan di dalam Kelab Kompang Kinabalu.
Bagi sesi ini, saya Syammil Hakimee bin Jamaludin diberikan amanah utk mnjadi pengurus bagi sesi ini..Terima kasih di atas pemilihan ini. Saya akan buat yg terbaik bagi meningkatkan kualiti pengurusan kelab supaya menjadi lebih baik dgn bantuan semua ahli-ahli yang baru dan bantuan semua ahli senior-senior Kelab Kompang Kinabalu..Insyaallah..

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus Kelab Kompang Kinabalu sesi lepas (2009/2010) , Muhammad Aizuddin Hashim atas sumbangan-sumbangan beliau kepada kelab yang telah memberi banyak manfaat kepada kelab sendiri. Antaranya ialah membeli set kompang yang baru buat kelab dan mendapatkan khidmat jurulatih, Encik Fauzi bagi membuat persiapan untuk Festival Seni Universiti Malaya (FESENI'10) yg lepas. Alhamdulillah, pasukan kita telah berjaya menduduki kelompok empat terbaik dlm FESENI'10 tersebut setelah tidak berjaya mendapatkan tempat sejak beberapa sesi yg lepas.

Syabas, Din!!!!Syabas juga kepada semua yang terlibat dlm FESENI'10..Insyaallah, sesi ini kita akan membuat persiapan yg lebih rapi untuk memeperbaiki kedudukan kita untuk FESENI yg akan datang.

Harapan saya kepada semua ahli kompang yg senior, diharapkan dapat memberikan tunjuk ajar yg terbaik kpd sema ahli yang baru mendaftar. Sesungguhnya, merekalah pelapis yg akan memperjuangkan seni kompang Kelab Kompang Kinabalu!!(^-^)
Tidak terlambat untuk mengucapkan TERIMA KASIH daripada kami senior2 kepada anda semua kerana memilih seni kompang sebagai platform untuk menjadi mahasiswa/i yg serba boleh.peace!!




Bersama bekas-bekas pengurus, warga kolej dan sahabat-sahabat yg datang memberikan sokongan ketika FESENI'10




Peserta-peserta yang mewakili Kolej Kediaman Kinabalu utk FESENI'10..syabas!!




Pengurus dua generasi