Friday, August 19, 2011

Kolej Ibnu Sina Universiti Malaya

Selepas terlibat dalam upacara peramian Ihya’ Ramadhan di Kolej Kediaman Kinabalu, Kelab Kompang Kinabalu telah menerima jemputan daripada Kolej Ibnu Sina Universiti Malaya untuk sama-sama menjayakan satu projek kolej yang dihuni oleh pelajar-pelajar perubatan itu. Projek tersebut diberi nama sebagai “Program Perkhemahan Warga Ibnu Sina Bersama Anak-anak Yatim 2010” telah diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2010. Antara objektif program tersebut ialah :

i. Memupuk kesedaran tentang kebajikan anak yatim dalam kalangan mahasiswa.

ii. Meningkatkan integrasi antara para pelajar yang terdiri daripada kaum etnik yang berbeza

iii. Member peluang kepada mahasiswa unuk member sumbangan dan khidmat kepada masyarakat

iv. Menimba pengalaman serta meluaskan pandangan mahasiswa tentang realiti kehidupan anak-anak yatim

v. Menunjukkan bahawa anak-anak yatim juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hak yang sama rata untuk bergembira seperti anak-anak lain juga.

Pengarahnya, Muhammad Aliff bin Jamri yang merupakan kenalan kepada pengurus kami telah menjemput kami untuk bermain kompang ketika perasmian penutup program tersebut pada 17 Oktober 2010 pada sebelah malamnya. Seramai 10 orang ahli kelab telah terlibat iaitu :


i. SYAMMIL HAKIMEE BIN JAMALUDIN

ii. MOHAMMAD AIZUDDIN BIN HASYIM

iii. FATAN KHARIRI BIN MASETOR

iv. AHMAD NAZRIN BIN AMER HAIDER NUAR

v. MUHAMMAD ARIFF FARHAN BIN ZULKARNAIN

vi. NURUL ‘AWATIF BT AHMAD

vii. HANIM BT ZAKARIA

viii. SITI FATIMAH BT ABU BAKAR

ix. WAN NUR ATHIFAH BT WAN SHAARI

x. FASIHAH BT IBRAHIM

Selepas majlis penutupan tamat, kami dijemput menjamu selera dan diberikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. TERIMA KASIH, Kolej Ibnu Sina~


Kompangers yang terlibat
DARI KIRI BERDIRI : Fatan, Aizuddin, Nazrin, Syammil, Arif
DARI KIRI DUDUK : Fasihah, Athifah, Hanim, 'Awatif, Fatimah

Bersama pengarah dan ahli jawatan kuasa
Program Perkhemahan Warga Ibnu Sina Bersama Anak-anak Yatim 2010

Jurukamera kelab, Ahmad Mustafa Mohd Nor dan penasihat KKK, Rafiq Isa.




Sambutan pukulan kompang kami dimulakan dari luar dewan.......

........sehinggalah ke dalam dewan ketika ucapan perasmian dilafazkan oleh Dr. Mohazmi, pengetua Kolej Ibnu Sina.


No comments:

Post a Comment